Majlis serah tugas Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam

Majlis serah tugas Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam

Majlis serah tugas Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam

AYER HITAM, 16 Mei – Majlis serah tugas Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam yang baru telah diadakan bersama dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan setiap bulan. Penyerahan tugas ini telah dilaksanakan oleh Encik Samat bin Yusof kepada Puan Hajah Siti Junainah binti Sardini yang telah naik gred jawatan G40. Kenaikan pangkat ini menyebabkan penstrukturan semula organisasi di Pusat Pertanian Ayer Hitam. Turut diadakan pada masa yang sama ialah penyampaian Anugerah Cemerlang Bulanan dan majlis telah dimulakan dengan aktiviti membudayakan bacaan ayat suci al-Quran. Bacaan ayat suci al-Quran dipimpin oleh Tuan Haji Hanif bin Asrah dan terejamahannya oleh Encik Shallehan Al’arif bin Hanapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares