Kursus ‘hands-on’ cantasan tanaman nagka

Kursus ‘hands-on’ cantasan tanaman nagka

Kursus ‘hands-on’ cantasan tanaman nagka

Pada 9 Disember 2015 telah diadakan Kursus ‘Hands On’ Cantasan Tanaman Nangka di Kampung Dalam, Ayer Hitam. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Saparudin bin Daud, APK Mukim Simpang Kiri 1 & 2. Seramai 20 orang pegawai terlibat. Kursus ini diadakan untuk menerangkan cara dan kaedah yang betul dalam melakukan cantasan tanaman pokok nangka.

Tujuan cantasan / pemangkasan:-

1) Membentuk dan mengawal saiz pembesaran pokok terkawal. 
2) Memudahkan pengedaran udara maksimum. 
3) Pancaran cahaya matahari sampai ke semua bahagian pokok. 
4) Penambahan kawasan tampok bunga / fruiting point. 
5) Membuang dahan berpenyakit / bersilang.

Cantasan Pembentukan.

Bertujuan untuk perolehi bentuk pokok yang dikehendaki. Bentuk pokok mestilah mempunyai ciri – ciri seperti berikut :-

a) Memudahkan pungutan hasil 
b) Memudahkan kawalan serangga dan penyakit. 
c) Memudahkan kerja penjarangan buah.

Cantasan Penjagaan.

Cantasan dilakukan dari masa ke semasa. Cantas tunas air, dahan berpenyakit, dahan mati, bertindan dan tidak produktif untuk mendapatkan pokok yang subur, seimbang dan produktif.

 1 Jumlah Pengunjung Laman Ini,  1 Jumlah Pengunjung Hari Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *