SEDILI KECIL, 22  Disember – Seramai 29 petani telah dipilih untuk mengikuti Kursus Kemahiran Pertanian Jangka Pendek khusus untuk petani dibawah Pakej Teknologi Betik di Mutiara Motors Resort, Sedili Kecil, Kota Tinggi selama 2 hari mulai 20 hingga 21 Disember. Kursus ini memberi pendedahan khususnya di bawah komoditi tanaman betik. Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan Pengenalan Industri Buah di Malaysia, Pensijilan MyGAP dan varieti yang disyorkan. Penerangan dari Cik Nur Azreen Md Zam, Amalan Agronomi Tanaman disampaikan oleh En. Hazri Wagiman, Pengurusan Tanah Dan Pembajaan oleh Vajidah Sunoto@ Hj Faisal, manakala pencerahan cara penggunaan Racun Makhluk Pesorak Berdaftar yang disampaikan oleh Encik Mohd Suffian Aizuddin Mohd Salleh dan keterangan mengenai Pengurusan Kawalan Perosak/Penyakit Betik disampaikan oleh En. Azhar Suratman. Pada hari kedua kursus bersambung topik mengenai Rekod Ladang dan Analisis Kewangan serta Pengendalian Lepas Tuai dan Pemasaran yang disampaikan oleh Tn. Hj Mohd Zahid Hassan. Kursus diakhiri dengan lawatan ladang di TKPM Sedili Kecil ke tapak tanaman betik.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *