
JITRA, KEDAH, 19 November 2026 (Khamis) – Satu lawatan teknikal ke Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS), Cawangan Jitra, Kedah telah diadakan bagi mendapatkan pendedahan serta perkongsian ilmu berkaitan operasi dan pengurusan kilang pemprosesan beras.
Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam keseluruhan proses pengendalian padi, bermula daripada penerimaan padi, proses pengeringan, pengilangan dan penyimpanan sehinggalah kepada kawalan kualiti beras.
Pendedahan tersebut penting bagi meningkatkan kefahaman terhadap aspek operasi dan pengurusan pemprosesan padi serta kepentingan kawalan kualiti dalam memastikan beras yang dihasilkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Diharapkan lawatan teknikal ini dapat memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kefahaman teknikal serta menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam industri pengeluaran dan pemprosesan padi dan beras.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak BERNAS Cawangan Jitra, Kedah atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan berlangsung.
Pertanian Mampan, Pengeluaran Terjamin.





![]()
