16 JULAI 2026 — Pejabat Pertanian Sungai Telor telah menganjurkan Kursus Agronomi Tanaman Cendawan yang dihadiri seramai 55 orang peserta. Program ini bertujuan memperkasakan pengetahuan teknikal serta kemahiran praktikal peserta dalam bidang pengusahaan tanaman cendawan secara komersial.
Kursus ini mengandungi dua komponen utama, iaitu sesi teori dan latihan amali (praktikal), bagi memastikan peserta mendapat pemahaman yang menyeluruh. Menerusi sesi amali, para peserta didedahkan secara langsung kepada kaedah penyediaan pembenihan cendawan, merangkumi teknik penyediaan bahan asas, kaedah inokulasi (pembenihan), serta amalan pengendalian terbaik untuk menjamin penghasilan benih yang berkualiti tinggi.
Program ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman daripada Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT), Parit Botak:
- En. Mohd Hisyam Ahmad
- En. Muhamad Naqib bin Tasman
Inisiatif ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada para peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari, seterusnya memacu pertumbuhan industri cendawan tempatan dan melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berdaya saing.



![]()
