Pejabat Pertanian Daerah Mersing
SEKITAR KURSUS PEMBUATAN PLANT BOOSTER ![]()
7 Julai 2026 (Selasa)
Pusat Pertanian Tenglu, Mersing
Kursus Pembuatan Plant Booster anjuran Pejabat Pertanian Daerah Mersing telah berlangsung dengan lancar di Pusat Pertanian Tenglu, Mersing.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penyediaan plant booster semula jadi menggunakan bahan dapur dan sisa buah-buahan sebagai alternatif yang lebih mesra alam serta menjimatkan kos. Peserta turut berpeluang mengikuti demonstrasi dan latihan amali bagi menghasilkan plant booster yang boleh diaplikasikan dalam amalan pertanian harian.
Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh:
En. Mohd Najib bin Buang
Penolong Pegawai Pertanian, G5
Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Jemaluang
En. Izzul Azfar bin Abu Bakar
Penolong Pegawai Pertanian, G5
Agen Pengembangan Tanaman (APT) Mukim Padang Endau & Triang
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam mengamalkan teknik pertanian yang lebih lestari serta menyokong peningkatan produktiviti tanaman.
Terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan urus setia yang telah menjayakan kursus ini.![]()













