Pejabat Pertanian Daerah Mersing

🚜 PEMANTAUAN UNIT TEKNIKAL BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN KE PROJEK PEMBANGUNAN SAWAH DAERAH MERSING

📅 7 Julai 2026

📍 Sawah Padang Endau & Sawah Air Papan, Mersing

Satu sesi pemantauan telah diadakan oleh Unit Teknikal, Bahagian Kejuruteraan Pertanian bagi meninjau kemajuan pelaksanaan Projek Pembangunan Sawah di Sawah Padang Endau dan Sawah Air Papan, Daerah Mersing.

Pemantauan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, di samping menilai kemajuan kerja di lapangan serta membincangkan isu-isu teknikal bersama pihak berkaitan bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Antara pegawai yang terlibat dalam sesi pemantauan ini ialah:

🔹 Pejabat Pertanian Daerah Mersing

• Pegawai Pertanian Daerah

• Ketua Bahagian Operasi

• Bahagian Perancangan Strategik

• Agen Pengembangan Tanaman (APT) Kawasan

🔹 Unit Teknikal, Bahagian Kejuruteraan Pertanian

• Ketua Penolong Pengarah (K/U)

• Pegawai Unit Kejuruteraan Pertanian

🔹 Kontraktor Pelaksana Projek

Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat amat penting dalam memastikan Projek Pembangunan Sawah Daerah Mersing dilaksanakan dengan teratur, seterusnya meningkatkan produktiviti kawasan sawah serta memberi manfaat kepada komuniti pesawah di daerah ini.

#PertanianMersing

#PPMG

#LawatanPPMG

#SawahPadangEndau

#SawahAirPapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *