rpt

KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI PUSAT PERTANIAN AYER HITAM

Tajuk : Kursus Pelbagai ‘Dessert’

Tarikh : 01 & 02 Julai 2026 (Rabu & Khamis)

Bertempat : Bilik Syarahan & Makmal IAT 1

Penglibatan : Usahawan dan orang awam

Jumlah peserta : 26 orang

Tenaga pengajar : Puan Nazirah binti Mohd Nor

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pelbagai ‘Dessert’ selama dua hari di Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik penyediaan ‘dessert’ moden yang berkualiti serta berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk keusahawanan.

Hari pertama menyaksikan peserta mempelajari penghasilan ‘Panna Cotta’ dan ‘Banana Pudding’. Melalui sesi teori dan amali, peserta dibimbing menghasilkan dessert yang mempunyai tekstur lembut, seimbang serta menarik dari segi persembahan. Pelbagai tip dan teknik turut dikongsikan bagi memastikan hasil yang konsisten dan berkualiti.

Hari kedua diteruskan dengan penghasilan Brownies. Peserta diberi tunjuk ajar mengenai teknik menghasilkan brownies yang mempunyai tekstur fudgy, lembap (moist) dan kaya dengan rasa coklat. Selain itu, peserta turut mempelajari teknik mencampurkan adunan, kawalan suhu dan masa pembakaran yang tepat bagi menghasilkan brownies yang memenuhi cita rasa pengguna.

Kursus ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran dalam penyediaan pelbagai jenis dessert, malah turut membuka ruang kepada mereka untuk meneroka peluang menjadikan produk yang dipelajari sebagai sumber pendapatan dan mengembangkan perusahaan makanan masing-masing.

Diharapkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam menghasilkan produk dessert yang berkualiti, berdaya saing dan mampu memenuhi permintaan pasaran.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Semoga usaha ini dapat menyumbang kepada pembangunan usahawan industri asas tani yang lebih berkemahiran, inovatif dan berdaya saing.

#industriasastani

#pertanianmalaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *