𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆
.
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐇𝐈𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐈, 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐆
.
Telah berlangsung dengan jayanya 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐢 anjuran Pejabat Pertanian Daerah Kluang yang disertai oleh 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐢.
.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐦𝐢𝐬𝐮 𝐊𝐨𝐩𝐢 dan 𝐁𝐢𝐬𝐤𝐮𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐢 sebagai produk hiliran bernilai tambah.
.
Peserta turut mempelajari teknik penyediaan produk, pemilihan bahan mentah, amalan kebersihan dan keselamatan makanan, pembungkusan, penentuan kos pengeluaran, harga jualan serta asas pemasaran bagi meningkatkan nilai komersial produk.
.
Program disampaikan oleh 𝐀𝐠𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐧𝐢, 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 melalui sesi teori dan amali yang interaktif bagi meningkatkan kemahiran serta keyakinan peserta untuk menghasilkan produk berkualiti dan berpotensi dipasarkan.
.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan produk berasaskan kopi yang berkualiti, berdaya saing serta menyokong pembangunan industri hiliran kopi dan keusahawanan agromakanan.
.
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




















