PENAFIAN BERHUBUNG KES PENIPUAN YANG MENYALAHGUNAKAN NAMA PEGAWAI JABATAN PERTANIAN
DAN PEMALSUAN PESANAN KERAJAAN
.
.
.
PUTRAJAYA, 1 Julai 2026 β Jabatan Pertanian memandang serius dan mengambil perhatian berat berhubung aduan berkaitan kes penipuan yang dikesan menyalahgunakan nama dan jawatan pegawai bagi tujuan memalsukan dokumen Pesanan Kerajaan.
.
Taktik licik pihak tidak bertanggungjawab ini bertujuan untuk memperdaya pihak syarikat pembekal tempatan bagi menyediakan bekalan dan perkhidmatan kononnya untuk program Jabatan.
.
Impak daripada aktiviti penipuan ini telah menyebabkan syarikat pembekal terpedaya, mengalami kerugian kewangan, sedangkan tiada sebarang perolehan rasmi dibuat oleh pihak jabatan.
.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Pertanian MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA penglibatan pihak jabatan dalam sebarang dokumen Pesanan Kerajaan fizikal atau arahan
pembekalan mencurigakan yang dikeluarkan di luar sistem rasmi.
.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini merupakan satu jenayah berat yang jelas berniat jahat bagi mencemarkan imej dan kewibawaan Jabatan Pertanian serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
.
Bagi mengelakkan isu penipuan ini daripada terus berleluasa, Jabatan Pertanian ingin menegaskan dan menasihatkan semua pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan agar menggunakan Sistem e-Perolehan (eP) rasmi Kerajaan bagi setiap
permohonan bekalan dan perkhidmatan.
.
Jabatan Pertanian tidak mengeluarkan Pesanan Kerajaan secara manual atau melalui saluran peribadi.
.
Semua pihak yang terlibat terutamanya syarΔ±kat pembekal disaran untuk menghubungi Jabatan Pertanian terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa bekalan dan perkhidmatan
yang dikemukakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan kes penipuan yang sama daripada berulang.
.
Jabatan Pertanian amat mengalu-alukan sekiranya kenyataan penafian ini disebarluaskan kepada semua yang terlibat demi melindungi kepentingan awam serta menjaga kewibawaan institusi Kerajaan, khususnya Jabatan Pertanian.

