LAWATAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI PERTANIAN BANDAR KE SELANGOR BERI PENDEDAHAN BAHARU KEPADA PESERTA
29 Jun 2026 – Program Pemindahan Teknologi Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Negeri Selangor .
Program lawatan ini telah diketuai oleh Pegawai Pn Khairiyanty binti khamis dan melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada penolong pegawai Jabatan Pertanian serta petani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Para pelawat telah disambit mesra oleh En Muhammad Faizal bin Saidi selaku Pegawai Pertanian Daerah Muar dan Pn Mimi Shazreen binti Mat Roh, Apiat Daerah Muar.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pengurusan projek tanaman, amalan teknologi terkini dalam bidang pertanian serta pemprosesan produk Industri Asas Tani (IAT).
Antara pengisian lawatan adalah kunjungan ke beberapa projek pertanian bandar dan usahawan IAT bagi melihat secara dekat kaedah pengurusan tanaman, inovasi pengeluaran serta strategi pemasaran produk pertanian.
Peserta turut berpeluang melawat premis Rempah Ratus Mak Siti yang bertempat di Nasuha Herbs yang membuat penghasilan rempah dan produk makanan tempatan bagi memahami proses pemprosesan, pembungkusan dan penambahbaikan kualiti produk. Perkongsian pengalaman bersama pengusaha memberi inspirasi kepada peserta untuk memperkukuhkan lagi pembangunan sektor pertanian dan keusahawanan agro.
Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, jaringan kerjasama serta perkongsian amalan terbaik antara Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dalam memperkasa sektor pertanian moden dan Industri Asas Tani.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Jabatan Pertanian Negeri Johor
















