PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT
𝖩𝖮𝖬 𝖪𝖨𝖳𝖠𝖱 𝖲𝖤𝖬𝖴𝖫𝖠 𝖡𝖤𝖪𝖠𝖲 𝖱𝖠𝖢𝖴𝖭 𝖯𝖤𝖱𝖮𝖲𝖠𝖪 𝖠𝖭𝖣𝖠
ᴋɪᴛᴀʀ ꜱᴇᴍᴜʟᴀ ʙᴇᴋᴀꜱ ʀᴀᴄᴜɴ ᴘᴇʀᴏꜱᴀᴋ
Setiap bekas racun perosak yang telah kosong hendaklah dikitar semula. Itupun setelah dibasuh bersih melalui “Teknik Bilas 3 Kali”.
Ini adalah penting untuk memastikan bekas tersebut bersih dari sisa racun perosak sebelum dikitar semula.
Objektif Program Kitar Semula Bekas Racun Perosak adalah untuk memastikan bahawa pelupusan bekas-bekas kosong racun makhluk perosak dapat dikendalikan dengan teratur untuk memelihara kesejahteraan alam sekitar.
Program ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemungkinan salah guna bekas racun tersebut yang boleh mengakibatkan risiko terhadap kesihatan manusia, organisma bukan sasar dan alam sekitar.
Berikut adalah prosedur yang mesti diamalkan :-
1. Tuangkan semua racun dari dalam bekas racun kedalam tong penyembur (Knapsack sprayer) atau lain-lain jenis penyembur dan tunggu selama 30 saat. Ini bermakna hampir semua cecair atau serbuk akan keluar semua.
2. Isikan air bersih kedalam bekas racun tersebut sehingga suku bahagian dalam bekas racun.
3. Tutupkan bekas racun tersebut dengan penutupnya dan kemudian goncang sehingga rata selama 30 saat.
4. Tuangkan air bilasan tersebut kedalam tong penyembur racun semuanya.
5. Masukkan lagi air bersih kedalam bekas racun suku bahagian buat kali kedua.
6. Goncang selama 30 saat apabila penutup diketatkan.
7. Tuang air tersebut kedalam tong penyembur.
8. Masukkan air bersih kedalam bekas racun untuk bilasan kali ketiga dan kemudian masukkan air bilasan ketiga kedalam tong penyembur sehingga habis. Cucu bahan luar sehingga betul-betul bersih.
9. Ambil pisau atau parang atau besi tajam dan tebuk atau potong bekas racun agar ianya tidak boleh digunakan lagi.
10. Keringkan bekas racun tadi dengan terbalikan kebawah. Apabila cukup kering boleh dimasukan kedalamm pusat pengumpulan bekas racun berbumbung yang disediakan oleh Jabatan Pertanian atau Syarikat Penjual Racun dikawasan dikhususkan.
Kaedah ini mempastikan bahawa residu racun yang ada didalam bekas racun tersebut adalah minimum setelah dibilas 3 kali. Risiko terhadap pencemaran racun adalah dapat diminimakan.
Jom amalkan
.
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
