𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
KURSUS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI
Tarikh : 24 & 25 ( Rabu & Khamis)
Tajuk Kursus : Kursus Pembiakan Tanaman Buah-Buahan
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Nurseri Buahan
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 28 orang
Perasmi : En. Samat Bin Md Yusof ( Ketua Bahagian Pembangunan)
Tenaga Pengajar : En. Muhammad Najib Bin Norhalim (Ketua Seksyen Ladang)
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori lengkap berkaitan pembiakan tanaman.
Pada disebelah petang pula telah diadakan (hand’s on) berkaitan kaedah pembiakan. Antaranya adalah:
1) Pembuatan Tanah Semaian
2) Pembiakan melalui Biji Benih(Seks)
-biji benih ortodoks
-biji benih recalcitrant
3) Pembiakan Tampang Semulajadi (Aseks)
-Rizom,Stolon,Sulur & Umbisi
Pada hari kedua, peserta mempelajari pula kaedah pembiakan tampang secara Buatan. Antaranya ialah :
1) Lenturan Udara (tut)
2) Cantuman Mata Tunas
3) Cantuman Baji
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat mendalami dan memahami lebih terperinci setiap silibus dibawah tajuk pembiakan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor



















































































