PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

Sesi pengambilan sampel tanah dan air oleh Makmal Kelestarian Alam Sekitar, Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur.

Lokasi: Kebun Sayur Jalan Sengkang, Batu 18

Ladang: Ladang Tan So Tiok & Sons

Tanaman: Sawi dan kangkung

Sesi ini bertujuan mendapatkan sampel untuk dianalisis di makmal bagi menilai tahap kesuburan tanah, kualiti air pengairan serta parameter berkaitan dalam menyokong amalan pertanian baik (Good Agricultural Practices – GAP).

Hasil analisis akan dijadikan rujukan dalam penyediaan syor pengurusan tanah dan air yang lebih berkesan demi meningkatkan produktiviti tanaman, kualiti hasil serta kelestarian alam sekitar.

Pihak yang terlibat:

En. Syaharudin bin Md. Zain – Pegawai Pertanian G12, Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian Malaysia.

En. Muhammad Izmeir bin Ismail – Desk Officer BPIT.

En. Muhammad Asyraf bin Ja’is – APT Mukim Grisek 1.

Jabatan Pertanian Malaysia

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Onn Hafiz Ghazi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *