𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐓 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 & 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑
.
.
Lawatan pengembangan telah dilaksanakan oleh APT Nurul Aini Binti Ismail, APT Mukim Pengerang & Pantai Timur bagi tujuan pemantauan serta khidmat nasihat teknikal berkaitan pengurusan tanaman.
.
.
Maklumat Petani:
Nama Petani: Datin Rohani Binti Marian
Lokasi Ladang: Kg Bukit Gelugor
Mukim: Pengerang / Pantai Timur
Jenis Tanaman: Durian
Keluasan Fizikal: 0.4 hektar
Keluasan Berhasil: 0.2 hektar
.
.
Lawatan ini bertujuan menilai keadaan semasa tanaman, memberi pandangan pengurusan ladang serta memastikan amalan pertanian yang baik dapat dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti tanaman durian.
.
.
Turut serta, Puan Zainorita Binti Basiran, Ketua Bahagian Operasi, Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan








