PEJABAT PERTANIAN DAERAH JOHOR BAHRU

23/5/2026 – SELASA

KURSUS PETANI – KURSUS ASAS PEMBIAKAN TANAMAN

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pembiakan Tanaman yang berlangsung pada 23 Jun 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta mengenai teknik-teknik pembiakan tanaman yang betul serta berkesan bagi menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kaedah pembiakan tanaman seperti pembiakan melalui biji benih, keratan batang, cantuman dan tut oleh Encik Shahnon Bin Saian( Agent Pengembangan Tanaman Mukim Pulai/Jelutong/Tanjung Kupang)

Bagi sesi teori pula, peserta turut berpeluang menjalankan latihan amali cantuman mata tunas bagi tanaman durian dan tut bagi tanaman jambu madu. Latihan ini bagi meningkatkan kemahiran serta pemahaman terhadap teknik pembiakan tanaman yang dipelajari.

Program ini diharapkan dapat membantu peserta menguasai asas pembiakan tanaman dengan lebih baik, seterusnya menggalakkan pengeluaran bahan tanaman yang berkualiti serta meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Kursus seumpama ini juga dapat memberi manfaat kepada pengusaha pertanian, usahawan tani dan individu yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir serta memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam aktiviti pertanian masing-masing.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *