𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈 – 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐀𝐈
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 18 Jun 2026
𝐌𝐚𝐬𝐚 10.30 pagi
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Pusat Pertanian Ayer Hitam
Program Penyerahan Jentera kepada Penerima Insentif Mekanisasi Jabatan Pertanian Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam memperkasakan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi dan mekanisasi moden. Program ini bertujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh serta memperkukuhkan daya saing industri agromakanan negeri Johor.
Penyerahan jentera kepada para penerima insentif mekanisasi telah disempurnakan oleh Puan Azlina Binti Ahmad Tarmizi, Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pertanian Malaysia. Majlis ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam menyokong transformasi sektor pertanian ke arah yang lebih moden, produktif dan berdaya saing.
Bagi tahun 2025, seramai 10 orang penerima telah menerima bantuan mekanisasi yang melibatkan 1 penerima dari Kota Tinggi, 2 penerima dari Kluang, 2 penerima dari Kulai, 1 penerima dari Mersing, 1 penerima dari Pontian, 2 penerima dari Segamat dan 1 penerima dari Tangkak. Manakala bagi tahun 2026, seramai 12 orang penerima telah dipilih melibatkan 3 penerima dari Batu Pahat, 1 penerima dari Johor Bahru, 2 penerima dari Kota Tinggi, 1 penerima dari Kulai, 4 penerima dari Muar dan 1 penerima dari Pontian.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐮𝐜𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢 yang telah berjaya menerima insentif mekanisasi ini. Bantuan yang diberikan diharapkan dapat membantu meningkatkan kecekapan kerja ladang, menjimatkan kos operasi serta mempertingkatkan hasil pengeluaran pertanian. Kejayaan ini juga membuktikan komitmen dan kesungguhan para usahawan tani dalam memajukan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi moden.
𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Mohamad Faiz Bin Suhaimi Wong – Traktor Mini 4 Roda (25HP) + Rotovator
Mohd Azman Bin Saadon – Traktor Mini 4 Roda (25HP) + Rotovator
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Nurul Nabi’ha Binti Khalid – Traktor Mini 4 Roda (25HP)
Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima dalam meningkatkan produktiviti dan pendapatan perusahaan pertanian masing-masing. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi pemangkin kepada transformasi sektor pertanian yang lebih moden, cekap dan mampan, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan serta pembangunan industri agromakanan negara. ![]()
![]()
.
.
.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan









