rpt

𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌

KURSUS DAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Tarikh : 16.06.2026 (Selasa)

Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 petang

Bertempat : Bilik Syarahan dan Tempat Berkumpul Kecemasan (Dewan Besar)

Penceramah jemputan : Bomba dan Penyelamat Cawangan Ayer Hitam

1) Encik Muhammad Nazri bin Ahmad Shahidon (Pegawai Bomba Kanan 1)

2) Encik Rerawi bin Zulkifli ( Pegawai Bomba)

Kursus Kesedaran Bomba merupakan program latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meningkatkan kesedaran awam, kefahaman, serta kemahiran praktikal dalam pencegahan kebakaran. Program ini merangkumi pendedahan teori dan latihan praktikal.

Komponen Utama Kursus

1. Ceramah & Teori: Pendedahan mengenai Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) serta langkah-langkah keselamatan dan 10 cara asas mencegah kebakaran di premis atau kediaman.

2. Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher): Demonstrasi dan amali kaedah betul memadamkan kebakaran kecil.

3. Kawat Kecemasan & Pengungsian: Simulasi tindakan menyelamatkan diri, laluan keluar alternatif, dan prosedur menyelamat mangsa

Semoga segala ilmu yang disampaikan dipraktikkan ketika berlakunya kecemasan demi menjaga nyawa dan harta benda.

#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

#jabatanpertanianmalaysia

#JabatanPertanianNegeriJohor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *