šŠš”š‹š€šˆ – šš„š‰š€šš€š“ šš„š‘š“š€ššˆš€š šƒš€š„š‘š€š‡ šŠš”š‹š€šˆ

š‡š€š‘šˆ šš„š‘š“š„šŒš” šš„š‹š€šš†š†š€š šš„š‰š€šš€š“ šš„š‘š“š€ššˆš€š šƒš€š„š‘š€š‡ šŠš”š‹š€šˆ 2026

KULAI – Pejabat Pertanian Daerah Kulai telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Kulai 2026 yang berlangsung pada 16 Jun 2026 bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Kulai.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan pihak jabatan dengan para pelanggan khususnya para petani, usahawan agro serta komuniti setempat di daerah Kulai. Ia menjadi platform penting bagi menyampaikan maklumat perkhidmatan, memberi penerangan berkaitan bantuan dan inisiatif pertanian, serta menyelesaikan sebarang pertanyaan dan isu secara terus dan lebih efisien.

Selain itu, program ini juga bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara jabatan dan pelanggan, di samping mendapatkan maklum balas bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan sektor pertanian di daerah ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung yang hadir, kami turut mengadakan pengagihan anak pokok limau serta baja sebagai cenderamata. Inisiatif ini diharap dapat menggalakkan amalan penanaman di kalangan komuniti serta menyokong usaha meningkatkan hasil pertanian di peringkat isi rumah dan tempatan.

Pejabat Pertanian Daerah Kulai komited dalam memastikan setiap program yang dilaksanakan dapat memberi manfaat langsung kepada golongan sasar, selaras dengan usaha memperkasakan sektor pertanian tempatan.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kemajuan sektor pertanian daerah Kulai.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *