PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
PEMERIKSAAN AUDIT LUAR PERMOHONAN PENSIJILAN myGAP
12 Jun 2026
Mukim 3B
Pengusaha: En. Ab Kahar bin Mahsuri
Satu sesi Pemeriksaan Audit Luar telah dijalankan di premis pertanian milik En. Ab Kahar bin Mahsuri di Mukim 3B bagi tujuan penilaian pematuhan terhadap keperluan pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP).
Pemeriksaan ini telah dilaksanakan oleh pegawai auditor, Pn. Nor Azah binti Mislan dan En. Mohd Hafizul bin Husin, bagi menilai aspek pengurusan ladang, amalan pertanian yang baik serta pematuhan terhadap standard dan prosedur yang ditetapkan. Turut hadir membantu sepanjang sesi audit ialah Muhamad Nur Syazwan bin Yosri.
Pelaksanaan audit ini merupakan langkah penting dalam memastikan hasil pertanian yang diusahakan memenuhi piawaian keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar serta menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat untuk pengguna.
Pegawai Auditor:
• Pn. Nor Azah binti Mislan
• En. Mohd Hafizul bin Husin
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor
myGAP myOrganic Sektor Tanaman




