PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR



PEMERIKSAAN AUDIT LUAR PERMOHONAN BAHARU myGAP TAHUN 2026

Tarikh : 8 Jun 2026

Lokasi : Mukim Seri Menanti

Pengusaha : Lim Wee Loon

Tanaman : Durian

Pemeriksaan Audit Luar bagi Permohonan Baharu Pensijilan myGAP Tahun 2026 di APT Mukim Sri Menanti sebagai sebahagian daripada proses penilaian pematuhan terhadap standard dan keperluan pensijilan Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP).

Audit ini telah dilaksanakan oleh pegawai auditor iaitu Puan Nor Azah Binti Mislan dan Encik Nor Mohd Fuad Bin Satibi. Pemeriksaan turut diselaraskan oleh Desk Officer Pengembangan Muar , En Amirul Izzat bin Sanit dan Agen Pengembangan Kawasan (APT) Mukim Seri Menanti , Encik Muhamad Syahir Bin Mohd Superi.

Pelaksanaan audit ini bertujuan menilai amalan pertanian yang dilaksanakan agar memenuhi piawaian keselamatan makanan, penjagaan alam sekitar, kebajikan pekerja serta penghasilan produk pertanian yang berkualiti dan selamat untuk pengguna.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan tahap pematuhan pengusaha terhadap standard myGAP serta memperkukuhkan daya saing sektor pertanian ke arah pengeluaran hasil yang mampan dan berkualiti.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

myGAP myOrganic Sektor Tanaman

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *