PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
PELAKSANAAN AUDIT LUAR myGAP 2026
LADANG GAN SOON KAI
Satu sesi Audit Luar bagi Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bagi tahun 2026 telah selesai dilaksanakan oleh pegawai Jabatan Pertanian di ladang Gan Soon Kai, yang terletak di Mukim Sungai Raya, Sungai Terap.
Skop pemeriksaan memfokuskan kepada pematuhan standard operasi ladang, merangkumi Semakan Dokumen dan Pemeriksaan Lapangan.
Audit berkala ini amat penting bagi memastikan setiap hasil pengeluaran makanan adalah selamat, berkualiti tinggi, dan diusahakan secara mampan. Penghargaan diucapkan kepada pihak pengusaha atas kerjasama penuh yang diberikan sepanjang audit berlangsung.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
myGAP myOrganic Sektor Tanaman
Jabatan Pertanian Negeri Johor





