PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR

AUDIT LUAR PENSIJILAN myGAP

Satu sesi Audit Luar bagi Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) telah dijalankan di VJ Plantation yang terletak di Mukim Sungai Raya, Sungai Terap.

Berdasarkan tinjauan dan semakan audit pada kali ini, pemeriksaan teliti telah dibuat merangkumi:

Semakan Rekod & Dokumen Ladang,

Perbincangan dan semakan pengurusan operasi bersama pihak pengusaha ladang bagi memastikan pematuhan prosedur.

Pemeriksaan Fasiliti Stor Racun,

Pemantauan di tapak stor racun makhluk perosak.

Syabas diucapkan kerana stor mematuhi piawaian dengan susun atur bahan kimia yang rapi, pengasingan yang betul, serta dilengkapi dengan papan tanda amaran “STOR RACUN” dan “MERBAHAYA” yang jelas.

Pelaksanaan audit myGAP ini adalah langkah berterusan Jabatan Pertanian untuk memastikan pengusaha ladang mengamalkan sistem pertanian yang mesra alam, menjaga keselamatan pekerja, dan yang paling utama menghasilkan produk pertanian yang berkualiti serta selamat untuk dimakan oleh pengguna.

Tahniah kepada VJ Plantation atas komitmen yang ditunjukkan terhadap Amalan Pertanian Baik.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan myGAP, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah berhampiran anda.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

myGAP myOrganic Sektor Tanaman

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *