𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜
.
.
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐑𝐓 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐀𝐘𝐀
.
.
21 Mei 2026 | Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
.
.
Seramai 40 orang peserta bersama 6 orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Pahang Zon Timur telah mengadakan lawatan tinjauan teknologi ke Projek Komuniti KRT Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
.
.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan projek komuniti serta berkongsi teknologi dan amalan pertanian bandar yang dilaksanakan oleh komuniti setempat.
.
.
Taklimat projek telah disampaikan oleh En. Ritaudin selaku Ketua Projek Komuniti KRT Taman Kota Jaya. Peserta turut dibawa melawat kawasan projek serta diberi penerangan berkaitan pengurusan dan aktiviti komuniti yang dijalankan.
.
.
Turut hadir ialah En. Muhammad Danial Hafiz Bin Mohd Said, APT Mukim Kota Tinggi & Ulu Sungai Sedili Besar, Pn. Radiah Binti Ali, DO Pertanian Bandar serta En. Normi bin Saffee, wakil dari Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



















