PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT
.
KURSUS PENGENALAN DAN PENYEDIAAN KE ARAH PENSIJILAN MyGAP
.
.
21 MEI 2026
KHAMIS
PEJABAT PERTANIAN SEGAMAT UTARA
.
.
Pejabat Pertanian Daerah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri Kursus Pengenalan dan Penyediaan ke Arah Pensijilan MyGAP.
.
.
Pelaksanaan kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan kefahaman kepada peserta berkaitan konsep, keperluan serta prosedur pelaksanaan amalan pertanian baik ke arah pensijilan MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practices). Kursus ini turut memberi penekanan terhadap aspek pengurusan ladang, keselamatan makanan, kebajikan pekerja, penjagaan alam sekitar serta dokumentasi yang diperlukan bagi memenuhi piawaian pensijilan.
Melalui pelaksanaan kursus ini, peserta turut didedahkan dengan kepentingan pengamalan standard pertanian yang sistematik dan mampan bagi meningkatkan kualiti hasil pertanian, keyakinan pengguna serta daya saing produk di pasaran.
Adalah diharapkan agar segala ilmu, kefahaman dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam pengurusan ladang masing-masing sebagai persediaan ke arah memperoleh pensijilan MyGAP.
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan program ini.
βPertanian Adalah Perniagaanβ
.
.
Onn Hafiz Ghazi
Zahari Sarip.
Yosri Mohd
Jabatan Pertanian Malaysia
MEDIA DIGITAL JOHOR
#PejabatPertanianDaerahSegamat
#PejabatPertanianDaerahSegamat






