PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
KURSUS PEMATUHAN KESELAMATAN MAKANAN (MeSTI) & HOME-BASED FOOD
Pejabat Pertanian Daerah Muar telah menganjurkan satu kursus berkaitan pematuhan keselamatan makanan dan pensijilan makanan bagi usahawan industri makanan asas tani serta pengusaha makanan sediaan di rumah (Home-Based Food).
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai kepentingan amalan pengendalian makanan yang selamat, pematuhan standard keselamatan makanan serta peluang pensijilan yang dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk makanan tempatan.
Antara pengisian utama kursus ialah taklimat berkaitan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta penerangan mengenai Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food).
Ceramah telah disampaikan oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar:
Pn. Norazwa Binti Othman
Pn. Farah Farena Binti Usari
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak urus setia yang menjayakan program ini.
Penyelaras Kursus:
Pejabat Pertanian Daerah Muar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Pertanian Negeri Johor









