𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜

.

.

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐏𝐊𝐌 𝐈𝐧𝐜. 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

.

.

Mesyuarat KPKM Inc. Daerah Kota Tinggi telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Hafizh Hussain Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi dengan penglibatan pelbagai agensi dan jabatan berkaitan.

.

.

Antara jabatan dan agensi yang hadir ialah DVS, DOF, FAMA, MARDI, RISDA, PPK, LPNM, KPDN, KEJORA dan J-BIOTECH.

.

.

Mesyuarat turut membincangkan isu-isu semasa berkaitan industri pertanian di Daerah Kota Tinggi termasuk aspek pengeluaran makanan, pembangunan usahawan tani, keterjaminan makanan serta kerjasama strategik antara agensi bagi memperkukuhkan sektor pertanian daerah.

.

.

Turut dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli KPKM Inc. yang akan bertukar iaitu En. Muhammad Idham bin Legiman serta Pn. Siti Mariam Binti Abd Karim, atas segala jasa dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di daerah ini.

.

.

Seluruh warga KPKM Inc. Daerah Kota Tinggi mendoakan agar kedua-duanya terus cemerlang dan dipermudahkan urusan di tempat baharu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *