PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT

πŸ“’ KURSUS KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK BUAH-BUAHAN SECARA IPM

5 MEI 2026 | PEJABAT PERTANIAN SEGAMAT UTARA

Pejabat Pertanian Daerah Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghadiri Kursus Kawalan Penyakit dan Perosak Buah-Buahan Secara Integrated Pest Management (IPM) yang telah berjaya dilaksanakan.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan serta kefahaman kepada peserta berkaitan kaedah kawalan penyakit dan perosak buah-buahan secara bersepadu melalui pendekatan Integrated Pest Management (IPM), ke arah pengurangan risiko serangan perosak dan penyakit serta peningkatan produktiviti tanaman secara mampan.

Di samping itu, kursus ini turut memberi penekanan terhadap amalan pertanian baik dalam pengurusan tanaman bagi menghasilkan pengeluaran yang lebih berkualiti, selamat dan berdaya saing.

Adalah diharapkan agar segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam pengurusan tanaman di lapangan demi meningkatkan hasil pengeluaran dan kesejahteraan komuniti petani.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan program ini.

β€œPertanian Adalah Perniagaan”

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Jabatan Pertanian Malaysia

MEDIA DIGITAL JOHOR

#MediaDigitalJohor

#doajohor

#MajuJohor

#PertanianJohor

#myDOA

#PejabatPertanianDaerahSegamat

#JabatanPertanian

#IPM

#KawalanPerosak

#KawalanPenyakit

#TanamanBuahBuahan

#PertanianAdalahPerniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *