𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 – 𝗛𝗢𝗠𝗘 𝗕𝗔𝗦𝗘𝗗 𝗙𝗢𝗢𝗗
.
.
19 Mei 2026 | Pejabat Pertanian Sg Telor
.
.
Seramai 42 orang telah menghadiri kursus ini yang telah disampaikan oleh Cik Balqis Binti Mohadzir, Pegawai Teknologi Makanan.
.
.
Kursus ini telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penghasilan makanan berasaskan rumah (home based food) yang selamat, berkualiti serta berpotensi untuk dikembangkan sebagai sumber pendapatan tambahan.
.
.
Antara pengisian kursus adalah penerangan berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan makanan, kaedah penyediaan produk makanan, pembungkusan, pelabelan serta asas pemasaran produk makanan dari rumah.
.
.
Peserta turut diberikan tunjuk ajar dan perkongsian pengalaman oleh penceramah bagi membantu meningkatkan pengetahuan serta keyakinan dalam menceburi bidang perusahaan makanan secara kecil-kecilan dan komersial.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan






