Pejabat Pertanian Daerah Mersing
LAWATAN PENGEMBANGAN MUKIM TENGLU
19 Mei 2026
Kg Batu 7, Tenglu
Pejabat Pertanian Daerah Mersing telah mengadakan lawatan pengembangan ke projek ternakan kelulut dan dusun durian milik En. Mohd Hanif bin Md Azman.
Projek kelulut beliau bermula pada tahun 2019 dengan hanya 10 haif dan kini telah berkembang kepada 27 haif. Projek ini juga telah berjaya memperoleh pensijilan MyGAP Am.
Selain itu, lawatan turut melibatkan dusun durian yang telah diusahakan selama dua tahun dan kini sedang dalam proses ke arah pensijilan MyGAP sementara menunggu hasil pengeluaran dusun tersebut.
Semoga usaha dan komitmen beliau terus menjadi inspirasi kepada para usahawan tani di daerah Mersing. ![]()


















