Pemakluman Pertukaran Masuk Pegawai Ke Pejabat Pertanian Daerah Muar

“Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Azuan bin Mohd Jani, Penolong Pegawai Pertanian Gred G6 dari Pejabat Pertanian Daerah Segamat serta Encik Mohamad Rozaidi bin Abdul Razak, Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 dari Pejabat Pertanian Daerah Kluang atas pertukaran masuk ke Pejabat Pertanian Daerah Muar.

Kehadiran pegawai baharu ini pastinya akan menambah lagi kekuatan, pengalaman serta memperkukuhkan mutu perkhidmatan jabatan dalam usaha memajukan sektor pertanian daerah. Semoga dengan kepakaran, dedikasi dan semangat baharu yang dibawa, akan terus menyumbang kepada kecemerlangan organisasi serta mempereratkan kerjasama dalam kalangan warga jabatan.

Seluruh warga Pejabat Pertanian Daerah Muar mengalu-alukan kehadiran dan mendoakan semoga terus sukses, cemerlang serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalankan amanah di tempat baharu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Pejabat Daerah Muar

@top fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *