𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗢𝗨𝗦𝗧𝗘𝗔𝗗 𝗧𝗘𝗟𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗬𝗘𝗥 𝗛𝗜𝗧𝗔𝗠
.
.
14 Mei 2026 | Ladang Boustead Telok Sengat
.
.
Seramai 42 orang pelajar Semester 4 serta 4 orang pensyarah dari Institut Pertanian Ayer Hitam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke projek tanaman halia di Ladang Boustead Telok Sengat.
.
.
Lawatan ini melibatkan tiga pengkhususan iaitu Pengurusan Estet, Pengurusan Landskap dan Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan.
.
.
Tujuan lawatan adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan amalan pengurusan tanaman halia, teknik penanaman, penyelenggaraan ladang serta pengurusan operasi pertanian komersial di lapangan.
.
.
Sepanjang lawatan, para pelajar turut diberikan penerangan berkaitan pengurusan agronomi tanaman halia, kawalan perosak dan penyakit serta kaedah pengurusan ladang bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Lawatan ini diharapkan dapat memberi manfaat serta pengalaman praktikal kepada pelajar dalam bidang pertanian.
.
.
Turut hadir adalah Puan Nuraini Binti Ismail, APT Mukim Johor Lama & Tanjung Surat
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan










