PEJABAT PERTANIAN DAERAH TANGKAK

Tarikh : 13.05.2026 (Rabu)

Lokasi : Tapak Tanaman Lemon, PUSPEN, Muar

Tajuk Kursus :

Kursus Pemangkasan & Cantuman Tut Tanaman Lemon

Bilangan Peserta : 20 orang

Penceramah

En Muhammad Asyraf Bin Ja’is

(Pen pegawai pertanian Daerah Tangkak)

Turut Dibantu Oleh

Puan Suraya bt Ghani

En Radin Musa Bin Radin Muhammad

En Azmi Bin Yusof

Objektif Kursus

Memberi pendedahan berkaitan teknik pemangkasan tanaman lemon yang betul.

Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kaedah cantuman tut tanaman lemon.

Memberi latihan amali secara hands on kepada peserta bagi memastikan teknik yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan betul.

Ringkasan Program

Kursus dan latihan hands on pemangkasan serta cantuman tut tanaman lemon telah dijalankan di Tapak Tanaman Lemon, PUSPEN, Muar dengan penyertaan seramai 20 orang peserta. Program dimulakan dengan sesi penerangan oleh penceramah berkaitan kepentingan pemangkasan dalam meningkatkan pertumbuhan dan pengeluaran hasil tanaman lemon.

Peserta turut didedahkan dengan teknik cantuman tut yang betul bagi menghasilkan anak pokok yang berkualiti. Selain sesi teori, peserta juga menjalani latihan amali secara hands on di tapak tanaman dengan bimbingan tenaga pengajar dan pegawai yang membantu.

#JabatanPertanianNegeriJohor

#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan

#perkhidmatanpengembangan

#jabatanpertanianmalaysia

#myDOA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *