PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
12 Mei 2026
AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015
PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN
PEJABAT PERTANIAN DAERAH MUAR
Audit Dalam MS ISO 9001:2015 bagi Perkhidmatan Pengembangan Pertanian telah berjaya dilaksanakan di Pejabat Pertanian Daerah Muar dengan penglibatan penuh pegawai dan kakitangan jabatan.
Audit ini dikendalikan oleh pegawai audit yang terdiri daripada:
* Encik Adam bin Supu (BKRPB PUTRAJAYA)
* Puan Nur’ Aqibah binti Ismail (BPIT MELAKA)
* Encik Mohd Idhar Affendi bin Mohd Adnan (BPP PUTRAJAYA)
Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan kawasan pengembangan Daerah Muar serta penerangan keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Muar, Encik Muhammad Faizal bin Saidi.
Sepanjang audit berlangsung, para auditor telah meneliti dokumentasi, rekod pengurusan, pelan strategik pembangunan daerah serta pematuhan prosedur kerja selaras dengan piawaian MS ISO 9001:2015.
Selain itu, para auditor turut dibawa mengadakan lawatan ke premis usahawan Industri Asas Tani (IAT) Daerah Muar iaitu Gundutt Kitchen milik usahawan Nurul Idatulimira binti Nordin. Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan program pengembangan pertanian serta keberkesanan sokongan jabatan dalam membantu pembangunan usahawan tempatan.
Audit ini menjadi platform penting dalam memastikan sistem pengurusan kualiti jabatan sentiasa diperkasa, di samping meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada komuniti pertanian setempat.
Semoga usaha penambahbaikan berterusan ini terus memperkukuhkan kecemerlangan Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Daerah Muar selaras dengan kehendak standard MS ISO 9001:2015.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor













