“Jasamu Dikenang, Baktimu Disanjung”
Begitulah ungkapan yang selayaknya diberikan kepada dua orang pesara Pusat Pertanian Ayer Hitam yang telah lama berkhidmat pada organisasi disini.
Maka, seharusnyalah mereka ini dirai dengan penuh hormat dan penuh makna. Sesungguhnya, pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor amnya dan Pusat Pertanian Ayer Hitam khasnya telah kehilangan staf yang penuh wibawa dan tulus dalam kerjayanya.
Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Hamka bin Arpan (Penolong Pegawai Pertanian G6) dan Encik Hashim bin Abdullah (Pembantu Khidmat Am H1). Semiga bersara dengan tenang bersama keluarga tercinta.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor






















