𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐇𝐈𝐓𝐀𝐌
BENGKEL PENGENALAN PLOT ASET HIDUP TUMBUHAN
Sesi 1
Tarikh : 08.05.2026 – (Jumaat)
Masa : 9.00 – 10.30 pagi
Bertempat : Sekitar Plot Tanaman kawasan PPAH
Penglibatan : Semua kakitangan
Penggerak : Encik Samat bin Md Yusof (Ketua Bahagian Pembangunan b/p Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam)
Bengkel ini diadakan bagi mengenalpasti setiap tanaman di plot tanaman. Penglibatan semua kakitangan diwajibkan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan untuk pengenalan setiap varieti dan kedudukan tanaman tersebut.
Sebelum aktiviti dijalankan, sesi memanas badan diadakan demi melancarkan perjalanan disamping dapat menyihatkan badan dan minda. Bengkel ini penting kerana tidak semua staf mengetahui keseluruhan tanaman yang ada di kawasan Pusat Pertanian Ayer Hitam.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor

















































