PUSAT PERTANIAN AYER HITAM
KURSUS USAHAWAN ASAS TANI
Tarikh : 6 & 7 Mei 2026 ( Rabu dan Khamis )
Tajuk Kursus : Kursus Pertanian Bandar & Kebuniti
Bertempat : Pusat Pertanian Ayer Hitam, Kluang
Lokasi Amali : Petak Fertigasi
Penglibatan : Usahawan dan orang awam
Jumlah peserta : 24 orang
Perasmi : En. Samat Bin Md Yusof ( Ketua Pusat Pertanian Ayer Hitam)
Tenaga Pengajar : En. Muhammad Akmal Bin Baharim (Ketua Seksyen Sayuran & Tanaman Kontan)
Kursus ini dijalankan selama dua hari dimana pada hari pertama disebelah pagi, peserta diberikan ilmu teori berkaitan dengan Program Pertanian Bandar (Pengenalan Pertanian Bandar, Sistem Hydroponik & Fertigasi, Pengairan & Pembajaan, dan Kawalan Perosak & Penyakit).
Di sebelah petang dan hari kedua, peserta diberikan peluang melakukan sendiri (Hand’s On) Penanaman Nutripot, Planter Box, Fertigasi Meja, Sistem Pengairan, Pembajaan & Kawalan yang digunakan.
Melalui cara ini, para peserta kursus akan dapat memahami dan merasai konsep pertanian bandar dengan lebih terperinci menggunakan kaedah yang betul.
#kementerianpertaniandanketerjaminanmakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Negeri Johor



































































