𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗞 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗘 𝗧𝗞𝗣𝗠 𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗠
.
.
7 Mei 2026 | TKPM Ulu Tiram
.
.
Seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring dari SK Taman Pulai Emas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke TKPM Ulu Tiram.
.
.
Taklimat program telah disampaikan oleh Encik Muhammad Danial Hafiz Bin Mohd Said, Penyelia Projek TKPM Ulu Tiram serta Encik Lee Chan Meng, Ketua Projek TKPM Ulu Tiram.
.
.
Pelbagai aktiviti pertanian telah dijalankan sepanjang lawatan antaranya aktiviti penyemaian biji benih, pengutipan hasil segar dari ladang serta pembungkusan hasil pertanian.
.
.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai amalan pertanian moden serta meningkatkan minat terhadap sektor agromakanan dan pertanian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan










