πππππππ πππππππππ ππππππ ππππ ππππππ
.
.
ππ¨π₯π¦π¨π¦ π£ππ§ππ‘π β π£ππ‘πππ‘ππππ‘ & π£ππ‘π¬ππππππ‘ π₯πππ’π πππππ‘π πΊππππ£
.
.
7 Mei 2026
Lokasi : Pejabat Pertanian Sungai Telor
Jumlah Peserta : 36 orang
Tenaga Pengajar : Pn. Noorfarahin Binti Sahari
.
.
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penyediaan rekod ladang yang sistematik selaras dengan amalan pensijilan myGAP. Peserta turut diberi penerangan berkaitan pengurusan rekod input pertanian, aktiviti ladang serta aspek kebersihan dan keselamatan ladang.
.
.
Turut serta, En. Edy Suzaimi Bin Ismail dari BKRP yang telah menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan sisa bekas racun makhluk perosak secara selamat dan teratur bagi menjaga alam sekitar serta keselamatan pengguna.
.
.
Di samping itu, Dr. ShΓ©rwin Lee Chan Kit dari syarikat Poultry Farm turut berkongsi kebaikan penggunaan baja organik dalam meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan tanaman.
.
.
Sebagai galakan kepada peserta, pihak Poultry Farm turut memberikan baja organik percuma kepada peserta kursus untuk tujuan percubaan di ladang masing-masing.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











