PEJABAT PERTANIAN DAERAH MERSING.
KURSUS PEGAWAI DAN PROGRAM KOLABORASI STRATEGIK PEMBANGUNAN “KITCHEN GARDEN’ DAN AGROPELANCONGAN MELIBATKAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH MERSING, PEJABAT PAROL DAN PERKHIDMATAN KOMUNITI DAERAH KOTA TINGGI SERTA BAYU LESTARI RESORT MERSING.
Hari Pertama.
Sesi “brainstorming” dan suaikenal diantara Pejabat Pertanian Daerah Mersing, Pejabat Parol Jabatan Penjara Johor Dan Bayu Lestari Resort Mersing.
Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan ilmu pertanian dan industri asas tani serta memberi pendekatan baharu dalam sektor pertanian kepada mereka yang terlibat.
Seramai 14 orang kakitangan dari Pejabat Pertanian Daerah Mersing, 13 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Parol Jabatan Penjara Johor serta 33 orang kakitangan Bayu Lestari Resort.
Antara intipati program ini adalah Kursus Pembuatan Jeli Kelapa, Dadih dan Konjact Kelapa dari pegawai Agen Pengembangan Industri Asas Tani, Pejabat Pertanian Daerah Mersing serta Kursus Pembuatan Plant Booster, Baja Kompos Dan Effective Microorganisme (EM)
Program ini adalah antara salah satu misi dan visi Jabatan Pertanian dalam memberi penyampaian yang berkesan disamping memastikan keterjaminan makanan terus terpelihara dalam kitaran kehidupan kita.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
@top fans

















