𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

.

.

.

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲: 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗘 𝗩𝗘𝗚𝗘

.

.

Kursus Usahawan Tahun 2026: Pembuatan Mee Vege telah dilaksanakan di IKS Ciksu, Kampung Baru Sungai Telor dengan penyertaan seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan individu yang berminat dalam bidang pemprosesan makanan.

.

.

Kursus ini dikendalikan oleh Pn. Soriate Binti Demin selaku tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pembuatan produk makanan berasaskan bahan semula jadi. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik penyediaan mee sayuran (mee vege), pemilihan bahan mentah yang sesuai serta kaedah penghasilan mee yang sihat dan berkualiti.

.

.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran kepada peserta untuk menghasilkan produk makanan yang lebih sihat, di samping membuka peluang kepada mereka untuk menjadikan pembuatan mee vege sebagai salah satu sumber pendapatan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Mohd Hafizh Hussain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *