𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝑳𝑨𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵
𝑨𝑷𝑻 𝑴𝑼𝑲𝑰𝑴 𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰 & 𝑼𝑳𝑼 𝑺𝑮 𝑺𝑬𝑫𝑰𝑳𝑰 𝑩𝑬𝑺𝑨𝑹
.
.
.
Lawatan pengembangan telah dijalankan oleh Encik Muhammad Danial Hafiz Bin Mohd Said, APT Mukim Kota Tinggi & USSB ke ladang milik En. Amir Muhairul bin Abdul Rahim yang terletak di Kg. Lukut, Mukim Kota Tinggi.
.
.
Beliau mengusahakan tanaman sayuran seperti timun, kacang panjang dan terung dengan keluasan fizikal 4 hektar dan keluasan berhasil 3.5 hektar.
.
.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan tanaman serta memberi khidmat nasihat berkaitan amalan agronomi, pengurusan tanaman dan kawalan perosak bagi memastikan pengeluaran hasil yang lebih berkualiti dan berterusan.
.
.
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi sentiasa komited dalam memberi khidmat pengembangan dan bimbingan kepada para petani bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan




