𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈
.
.
.
𝑳𝑨𝑾𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑬𝑴𝑩𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑮𝑨𝑾𝑨𝑰 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝑰𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯
.
.
.
Satu lawatan pengembangan telah dijalankan oleh Encik Mohd Hafizh Hussain Pegawai Pertanian Daerah ke ladang milik Mr. Hoo Chin Sing yang terletak di Jalan Kota Tinggi – Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.
.
.
Ladang tersebut mengusahakan tanaman durian yang terdiri daripada beberapa varieti iaitu D197 (Musang King), D168 (Hajah Asmah), D13 (Golden Bun), D175 (Udang Merah) dan D200 (Duri Hitam) dengan keluasan fizikal keseluruhan 3 hektar.
.
.
Daripada keluasan tersebut, dianggarkan 90% kawasan telah memasuki fasa berhasil dan sedang berbuah.
.
.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan pengurusan tanaman durian serta memberi penerangan mengenai insentif dan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha bagi meningkatkan produktiviti dan pengurusan ladang.
.
.
Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa tanaman, mengenal pasti sebarang isu di ladang serta memberi cadangan penambahbaikan dalam aspek amalan agronomi dan pengurusan kebun durian.
.
.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Puan Noorfarahin Binti Sahari, Ketua Bahagian Pembangunan & Encik Mohd Afifie Bin Ariffin, APT Mukim Ulu Sungai Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan





