Lawatan Pemantauan Pegawai Pertanian Daerah Muar ke TKPM Pagoh

Pada 1 April 2026, Pegawai Pertanian Daerah Muar, En. Mohd Faizal bin Saidi telah mengadakan lawatan pemantauan ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Pagoh bagi melihat perkembangan projek tanaman di kawasan tersebut.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Nurul Amalina binti Rasid, APT Mukim Jorak. Semasa lawatan, pegawai telah meninjau keadaan tanaman di bawah struktur lindungan serta melihat sendiri pengurusan tapak yang dilaksanakan oleh pengusaha. Berdasarkan pemerhatian di lapangan, tanaman berada dalam keadaan subur dan diurus dengan baik.

Lawatan seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan bagi memastikan projek pertanian sentiasa dipantau, dibimbing dan berada pada tahap yang produktif serta berdaya maju. Selain itu, sesi perbincangan bersama pengusaha turut dijalankan bagi menambah baik pengurusan tanaman dan meningkatkan hasil pengeluaran pada masa hadapan.

Semoga usaha pemantauan ini dapat membantu memastikan projek pertanian di TKPM Pagoh terus berkembang dan memberi manfaat kepada pengusaha serta sektor pertanian negara.

#jabatanpertanian

#pertaniandaerahmuar

#tkpmpagoh

#PemantauanProjek

#krisistenagaglobal

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Jabatan Pertanian Negeri Johor

MEDIA DIGITAL JOHOR

Pejabat Pertanian Daerah Muar

@top fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *