PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR 3.0

DUN PEMANIS 2026

๐Ÿ“… 9 Mac 2026

๐Ÿ“Dewan Serbaguna Jabi.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 3.0 bagi Bantuan โ€œOne-Offโ€ kepada para petani di DUN Pemanis bagi tahun 2026, bertempat di Dewan Serbaguna Jabi

Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh:

YB ANUAR BIN ABD.MANAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis

Seramai 415 orang petani dari sekitar DUN Pemanis, telah menerima manfaat bantuan ini sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan petani sentiasa diberi perhatian.

Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pertanian serta membantu para petani meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan aktiviti pertanian dan seterusnya menambah baik sumber pendapatan mereka.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para penerima serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan, selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan dan kesejahteraan komuniti petani di negeri Johor terus diperkukuhkan.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada:

Onn Hafiz Ghazi

Kerajaan Negeri Johor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

serta sokongan dan komitmen berterusan daripada :

Yb Dato, Tn Haji Zahari Sarip

dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti petani terus terbela.

Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada para petani serta memacu kemajuan sektor pertanian di negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *