PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT.
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR 3.0
DUN BEKOK 2026
7 Mac 2026
Dewan Serbaguna Bekok.
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 3.0 bagi Bantuan βOne-Offβ kepada para petani di DUN Bekok bagi tahun 2026, bertempat di Dewan Serbaguna Bekok
Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh:
YB Tan Chong
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok
Seramai 435 orang petani dari sekitar DUN Bekok, telah menerima manfaat bantuan ini sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan petani sentiasa diberi perhatian.
Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pertanian serta membantu para petani meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan aktiviti pertanian dan seterusnya menambah baik sumber pendapatan mereka.
Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para penerima serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan, selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan dan kesejahteraan komuniti petani di negeri Johor terus diperkukuhkan.
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada:
Onn Hafiz Ghazi
Kerajaan Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
serta sokongan dan komitmen berterusan daripada
Yb Dato, Tn Haji Zahari Sarip
dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti petani terus terbela.
Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada para petani serta memacu kemajuan sektor pertanian di negeri Johor.











