PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT
.
.
.
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KASIH JOHOR DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YAB MENTERI BESAR JOHOR DI DAERAH SEGAMAT
.
.
15 Mac 2026
DEWAN SERBAGUNA SEGAMAT, JALAN GENUANG SEGAMAT
Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor dan Berbuka Puasa bersama Dato’ Onn Hafiz Ghazi, YAB Menteri Besar Johor telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Dewan Serbagunan Segamat, Jalan Genuang, Segamat, Johor.
.
.
Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban rakyat melalui penyaluran Bantuan Kasih Johor kepada golongan yang memerlukan, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
.
.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin setempat, ketua-ketua jabatan serta para penerima bantuan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zamry Bin Aya Pegawai Pertanian Daerah Segamat.
.
.
Para hadirin kemudiannya bersama-sama berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah sempena bulan yang mulia iaitu Ramadan.
.
.
Semoga bantuan yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para penerima serta memperkukuhkan lagi hubungan antara kerajaan dan rakyat di daerah Kota Tinggi.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Mohamad Sabu
Zahari Sarip.
Yosri Mohd









