MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA MENYAMBUT PENGHUJUNG RAMADAN

Pejabat Pertanian Daerah Muar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena menyambut penghujung bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini diadakan sebagai salah satu pengisian rohani bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja pejabat.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh warga pejabat yang bersama-sama menyempurnakan bacaan sehingga khatam. Suasana majlis berlangsung dengan penuh khusyuk dan sederhana, mencerminkan semangat kebersamaan dalam menghayati keindahan serta keberkatan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.Serentak dengan itu pengagihan ‘Beg Raya’ kepada semua kakitangan juga telah diadakan dan disampaikan oleh Pn Noorshella binti Mustafa , Ketua Bahagian Pengembangan, Pejabat Pertanian Daerah Muar

Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat meningkatkan penghayatan terhadap Al-Quran, memupuk nilai-nilai murni serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga Pejabat Pertanian Daerah Muar. Semoga segala amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT serta menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian.

Kami Warga Kerja Pejabat Pertanian Daerah Muar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Onn Hafiz Ghazi

Zahari Sarip.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

MEDIA DIGITAL JOHOR

Pejabat Pertanian Daerah Muar

Pejabat Daerah Muar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *