𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

.

.

.

📸 𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑷𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑷𝑨𝑰𝑨𝑵 𝑩𝑨𝑵𝑻𝑼𝑨𝑵 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 𝑫𝑨𝑵 𝑩𝑬𝑹𝑩𝑼𝑲𝑨 𝑷𝑼𝑨𝑺𝑨 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝒀𝑨𝑩 𝑴𝑬𝑵𝑻𝑬𝑹𝑰 𝑩𝑬𝑺𝑨𝑹 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹 𝑫𝑰 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑻𝑰𝑵𝑮𝑮𝑰

.

.

📅 13 Mac 2026

📍 Masjid An Nur Kampung Batu 4, Kota Tinggi

.

.

Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor dan Berbuka Puasa bersama Dato’ Onn Hafiz Ghazi, YAB Menteri Besar Johor telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid An Nur Kampung Batu 4, Kota Tinggi.

.

.

Program ini diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meringankan beban rakyat melalui penyaluran Bantuan Kasih Johor kepada golongan yang memerlukan, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

.

.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin setempat, ketua-ketua jabatan serta para penerima bantuan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Mohd Hafizh Hussain Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.

.

.

Para hadirin kemudiannya bersama-sama berbuka puasa dalam suasana penuh ukhuwah sempena bulan yang mulia iaitu Ramadan.

.

.

Semoga bantuan yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada para penerima serta memperkukuhkan lagi hubungan antara kerajaan dan rakyat di daerah Kota Tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

Mohamad Sabu

Zahari Sarip.

Yosri Mohd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *