Pejabat Pertanian Daerah Segamat.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KASIH JOHOR 3.0

DUN TENANG 2026

πŸ“… 12 Mac 2026

πŸ“ Dewan Majlis Daerah Labis.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor 3.0 bagi Bantuan β€œOne-Off” kepada para petani di DUN Tenang bagi tahun 2026, bertempat di Dewan Majlis Daerah Labis (MDL).

Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh:

YB Hjh Haslinda Binti Salleh

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang

Seramai 286 orang petani dari sekitar DUN Tenang, telah menerima manfaat bantuan ini sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan golongan petani sentiasa diberi perhatian.

Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pertanian serta membantu para petani meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan aktiviti pertanian dan seterusnya menambah baik sumber pendapatan mereka.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para penerima serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan, selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan dan kesejahteraan komuniti petani di negeri Johor terus diperkukuhkan.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada:

Onn Hafiz Ghazi

Kerajaan Negeri Johor

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Jabatan Pertanian Malaysia

serta sokongan dan komitmen berterusan daripada

Yb Dato, Tn Haji Zahari Sarip

dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti petani terus terbela.

Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan memberi manfaat berpanjangan kepada para petani serta memacu kemajuan sektor pertanian di negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *